CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 21 Oktober 2010

lalalalalala...mudahnya alasan!

Slm teman2 pelangi....
Hrni lambat sikit wat n3...
Bz laa pg2...ada projek baru nak di buat ngan kakak ipar...
Projek pe la kan..?
Nnt laaa,dah betul2 jd baru kasitau yee...
Haa...korg baca paper tak hrni?
Psl kes bdk yg comel sgt2 tu...yg hilang kat kuantan tu...
Tunang dia sampai wat laporan polis sbb org dok ckp dia yg larikan bdk comel tu@tunang dia sendiri...
Mula2 tu tpikir jgk,kdg2 pelik2 je  kan....
Dah jumpa dah smlm bdk comel tu..
Bkn nya hilang sbb kena culik pun...
Tp lari sbb taknak kawin ngan tunang dia...
ADA KE PATUT???
Alasan ntah pape...
Ckp la terang2...ni main2 plk..
Tak kesian ke ngan mak ayah...?
Korang jgn wat gitu ekk..
Ni antara apa yg bdk comel tu kasitau...




KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu....

p/s dr pelangi...sblum nak wat tindakan pikir la dulu btl2.jgn pikir kan dri sndri je,paling penting mak ayah.tanpa dorg sapelah kita...tak wujud pun...

3 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

tulah kan..sian makayah, tunang family n semuanya! tak pasal2 glamer + sure malu punya ngan org sekeliling!..huhu..mcm2 rencah dunia!

miya berkata...

aku pernah putus tunang dulu. aku yg putuskan. sebab xsuka ngan tunang tu. Semasa bercinta indah sangatlah dunia. Tapi lepas betunang dia jadi pemarah, cemburu xtentu pasal, mengongkong, suka mengungkit,& macam2lah. Lebih kurang mcm kes ni. Mak bapak aku xsetuju weii.. malu kata mereka. Diorang xtau aku merana. Puas aku kena maki ngan parent aku termasuklah kuarga c lelaki.Tp aku sabar & tetap dgn keputusan aku.Alhamdulillah sekarang aku dah kawin n aku bahagia. Semoga kami berkekalan.Amin...

p/s:makbapak pun kena faham anak sendiri..

nabilla syima berkata...

mama...malu kan?yg paling malu family kedua blah pihak..mcm2 laa kes skrg ni...btindak ikut prasaan...
miya...mmg btl mak ayh pun kena fhm ank sndri.tp mcm kes bdk ni,bella rasa dia tak ptt la btindak mcmtu.cuba bca kosmo hrni/22.10.10..dia mcm dah plan je nak lari..btindak ikut prasaan..pape pun yg kita buat,pling pntng pikir family dulu..cete la mslh tu kat mak ayh,jgn lari2...